di atasa permintaan ramai, akoo dengan segala hormatnya mempersembahkan antara koleksi2 assigment untuk rujukan dan di 'palagiat'kan..assigment kpli sabk atau kpli j-qaf Ilmu Pendidikan..
PENGHARGAAN
الحمد لله رب العالمين و الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT di atas segala nikmat kurnianNya yang tidak terhitung banyaknya .
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat yang rela berjuang dan berkorban demi menegakkan Islam tercinta . Kita doakanlah moga–moga kita tergolong dalam golongan orang yang cintakan kebenaran .
Seterusnya saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pensyarah Ilmu Pendidikan IPG Kampus Dato’ Razali terutamanya atas segala bimbingan dan panduan yang telah diberikan dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Semoga usaha beliau dalam mendidik bakal-bakal guru ini mendapat ganjaran di sisi Allah Taala.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan buat rakan-rakan seperjuangan KPLI –KDC ( Bahasa Arab) Ambilan Nov 2008 di Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato’ Razali, Kuala Terengganu.. Terima kasih yang tidak terhingga di atas pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Kenangan bersama kalian tetap utuh di ingatan ini . Tidak dilupakan juga buat bonda yang dikasihi, terima kasih kerana sentiasa memahami kesibukan yang saya hadapi. Dan akhir sekali tidak dilupakan juga kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang membantu saya dalam tugasan ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan di atas segala bantuan dan pertolongan yang diberikan. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Diharapkan usaha yang sedikit ini dapat memberi ilmu dan pengetahuan kepada kita semua, Insya Allah Taala.
KANDUNGAN
KANDUNGAN HALAMAN
Penghargaan 1
1.0 Pendahuluan 2
2.0 Rancangan Persediaan Mengajar (RPH) 7
2.1 Pengenalan RPH 12
2.2 Proses Perkembangan Remaja 15
2.3 Proses Dan Gaya Pembelajaran 18
2.4 Gaya Pembelajaran 20
2.5 Teori Pembelajaran 22
2.6 Rujukan 23
PENDAHULUAN
Proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) merupakan aktiviti yang terpenting
di dalam bilik darjah. Kejayaan dan kelemahan suatu proses pengajaran dan pembelajaran
bergantung kepada guru yang melaksanakannya. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan
Othman ( 2008 : 42 ), guru ialah teras kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun
proses pendidik itu boleh juga berlangsung secara tanpa guru. Sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani maka peranan yang berat dan sangat besar perlu
dimainkan oleh seorang guru dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam
falsafah pendidikan tersebut.
Oleh yang demikian, peranan ' Lesson Plan ' atau rancangan pengajaran yang
telah disediakan oleh guru merupakan salah satu faktor yang sangat penting bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) berjalan dengan baik dan
seperti yang telah dirancangkan. Rancangan pengajaran adalah satu rancangan untuk satu
unit pengajaran dan pembelajaran yang padu. Ia direka bentuk untuk disempurnakan
dalam satu-satu sesi pengajaran di bilik darjah dan mengandungi unsur-unsur seperti
butiran am, tajuk pelajaran, objektif, kemahiran, alat bantu mengajar, kaedah dan teknik
pengajaran, pengetahuan sedia ada, set induksi, perkembangan, penilaian, penutup dan
sebagainya. Persediaan mengajar bukan sahaja menyenaraikan unsur-unsur tersebut tetapi
bertindak sebagai peraturan-peraturan yang mesti diikuti oleh guru.
Menurut George Brackett, seorang pengarang perisian pendidikan, beliau
menyebut : " Pedagogy is the beliefs taht justify instruction. Unplanned teaching and
learning is a recipe for wasting time ". Daripada pendepat beliau ini jelas menunjukkan
bahawa rancangan pengajaran itu memainkan peranan yang amat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Di sini juga disertakan huraian ringkas tentang
falsafah dan falsafah pendidikan dan juga falsafah pendidikan kebangsaan sebagai
panduan dan rujukan dalam penyediaan rancangan mengajar bagi memastikan pelajar
diterap dengan unsur-unsur yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MAKSUD FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud falsafah ialah pengetahuan
tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada
ilmu-ilmu lain. Falsafah juga didefinisikan sebagai kebijaksaan atau hikmah
menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki. Pada pandangan
Islam, falsafah ditafsirkan mirip kepada hikmah, walaupun konteks hikmah adalah lebih
luas daripada falsafah itu sendiri. Kedudukan hikmah dalam Al-Quran mempunyai nilai
yang lebih tinggi daripada falsafah ( Abdul Fatah, 2003 ). Sayidina Ali bin Abi Talib r.a
pernah berkata " Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari-cari oleh orang yang
beriman ". Dari aspek sejarah pula, perkataan falsafah berasal daripada perkataan Greek
( Yunani ) Philosophia yang bermaksud cinta kepada kebijaksaan. Kearifan atau
kehikmahan.
Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya
iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana
terkandung pendidikan yang digunakan, ciri yang hendk dicapai, kaedah pelaksanaan
pendidikan yang akan digunakan, ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang
menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Menurut
Abd Fatah Hasan, falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan
atau prinsiip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran
yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah.
Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum pendidikan. Falsafah
umum pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti idealisme, realisme, pragmatisme
dan eksistensialisme. Secara umumnya falsafah idealisme memberi fokus kepada
kepentingan pemikiran, jiwa dan kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang
memandang alam kebendaan adalah sebagai realiti hidup. Pragmatisme dibentuk oleh
ahli falsafah Amerika Syarikat yang mempercayai bahawa manusia memperolehi
pengetahuan hanya melalui pengalaman dan penyelesaian masalah. Falsafah
eksistensialisme menjurus kepada falsafah yang bersifat individualistik kerana
menekankan aspek manusia bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan kehidupannya.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini adalah digubal daripada usaha berfikir yang
rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah
dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk Rukun Negara. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ini menjadi suluh yang memberi pedoman dan inspirasi
pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Jika dilihat daripada intipati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, ia bolah diterjemahkan sebagai suatu hasrat untuk memastikan
usaha berterusan dalam pendidikan.
Antara lainnya, memperkembangkan potensi individu secara berterusan melalui
proses pendidikan. Proses pendidikan yang berlaku seharusnya dapat mengcakupi dari
segi rohani, emosi, jasmani dan intelek. Seterusnya, apabila rohani, emosi, jasmani dan
intelek dapat disepadukan dalam proses pendidikan maka akan lahirlah individu yang
seimbang dan harmonis. Di akhir matlamat atau hasrat Falfasah Pendidikan Kebangsaan
ini adalah untuk melahirkan insan yang menghayati nilai-nilai agama dan berpegang
kepadanya.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Matapelajaran : Pendidikan Agama IslamTingkatan 2
Kelas : 2 Alusi
Bilangan Pelajar : 21 orang
Tarikh : 16 mac 2009
Masa : 11.15 am – 1.05 pm
Tajuk : Puasa Menjana Keperibadian Muslim
Bidang Pembelajaran : Takrif ,Rukun dan Perkara yang membatalkan puasa
Keperluan Pembelajaran : Pelajar telah didedahkan - Perlakuan ibadah puasa
1. Bulan ramadan
2. Puasa Sunat
3. Puasa nazar
Isi Pembelajaran : Semasa pengajaran pelajar mengetahui .
- Memahami konsep takrif puasa
- Mempelajari rukun puasa
- Menyenaraikan perkara yang membatalkan puasa
Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
- Menyatakan takrif puasa
- Menyatakan rukun puasa
Pengetahui Sedia
- Pelajar telah mempelajari apakah yang dimaksudkan dengan ibadah puasa dalam rukun islam.
- Pelajar telah melakukan cara untuk berpuasa didalam kelas
Kemahiran berfikir : faham , Dapat menjawab soalan yang diajukan.
(CCTS)
Nilai Murni : Bekerjasama, memberi tumpuan, berkeyakinan ,menimbulkan
minat
Refleksi : Selepas pembelajaran - Model Robert Glazer
Bahan pengajaran : Papan hitam, labtop & Lcd , video .
Stages | Content | Teacher Learning Activities | Teori | |
Pembukaan (20 minit) | - Menayangkan video |
| Behaviorisme & Kognitif | Model Taba @ Model Sim |
Penerangan (20 minutes) | Menjelaskan takrif dan rukun puasa :
a) pelajar disuruh menghafal takrif dan dalil puasa b) menerangkan satu persatu rukun- rukun puasa c) menjelaskan dalil – dalil daripada al-quran dan hadis
|
( Rujuk Lampiran 1 ) | Humanisme | |
Perincian (15 minit) | Kaedah yang digunakan untuk membolehkan pelajar memahami topik : a) Menghafal setiap sub-topik yang diberikan b) Memberi peluang kepada pelajar memberi penjelasan dihadapan berpandukan slide show .
|
( Rujuk Lampiran 2 ) | Kognitif & Sosial Model Latihan Terus | |
Penilaian ( 5 minit ) | Kemahiran mendengar |
| Humanisme |
Ulasan Pensyarah :
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Disediakan Oleh:
Muhammd Saufi Bin Mohamad
KPLI ( Menengah ) KDC – SABK 2008
Unit Bahasa Ara
LEMBARAN KERJA
PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK : IBADAH PUASA
Nama :_____________________________________________
Kelas :_____________________________________________
Tarikh :_____________________________________________
- Nyatakan pengertian puasa dari segi bahasa dan istilah. (2m)
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
- Senaraikan rukun-rukun puasa dengan lengkap. (4m)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
- Tuliskan lafaz niat puasa berserta maksudnya. (2m)
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
- Nyatakan hukum bagi situasi berikut :
“Pada bulan Ramadhan, Ahmad berpuasa dan pada pukul 2.00 petang dia mengalami sakit kepala dan termuntah dengan tidak sengaja”
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________
3. PENGENALAN RPH
Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib bagi semua pelajar Islam di peringkat pelajar Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah . Di peringkat menengah atas pelajar diberi pilihan untuk mengambil matapelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai mata pelajaran elektif . Pelajar yang mengambil mata pelajaran ini dapat memperkayakan lagi pengetahuan , kemahiran dan penghayatan yang berkaitan dengan al-Quran dan as-Sunnah untuk diamalkan dan dihayati dalam kehidupan seharian .
Ini adalah selaras dengan program pendidikan yang digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
. Antara aspek – aspek yang akan dibincangkan merangkumi:
1. Penerapan unsur – unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2. Proses perkembangan remaja
3. Proses dan gaya pembelajaran
4. Teori-teori pembelajaran
1. PENERAPAN UNSUR-UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
RPM yang dibuat adalah mengandungi beberapa unsur-unsur FPK yang diterapkan. Antara unsur-unsur FPK yang diterapkan dalam RPM adalah:
- Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Kepercayaan merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam semulajadi tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum Tuhan. Berdasarkan RPM, pelajar perlu memikirkan tentang apa yang diperlakukan dalam kehidupan seharian. Melalui pemikiran yang dibuat pelajar seharusnya sedar siapa pencipta mereka dan mengapa mereka dilahirkan di muka bumi ini. Pelajar juga akan rasa bertuah dan bersyukur di atas kebesaran kuasa Tuhan kerana menjadikan mereka makhluk yang paling mulia di muka bumi ini. Ini akan menambahkan rasa patuh dengan memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha untuk mencari ilmu dan memanfaatkan ilmu.
- Memperkembangkan potensi individu
Potensi adalah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh manusia sejak dilahirkan. Potensi individu ini harus diperkembangkan dan dipertingkatkan secara berterusan dan dicungkil kerana potensi tidak dapat disedari oleh kita sendiri jika tidak dicungkil. Melalui RPM yang disediakan terdapat beberapa potensi pelajar yang boleh dicungkil melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Contohnya melalui soal jawab , sumbang saran dan perbincangan. Dengan ini pelajar dicungkil bakat dalam berhujah, memimpin (ketua kumpulan) dan berani bersuara untuk mengeluarkan pendapat.
- Menyeluruh dan bersepadu
Melalui aktiviti P & P dalam kelas potensi pelajar boleh dikembangkan ke peringkat optimum iaitu dengan cara mengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang saling berkait antara satu sama lain. Jika pelajar mempunyai kebolehan mempraktikkan apa yang telah ditunjukkan guru , maka pelajar mampu mengembangkan potensi diri .
- Insan yang harmonis dan seimbang
Pelajar boleh membuat kerja yang diberikan sehingga selesai dan bekerjasama dalam amali . Pelajar menggunakan bahan yang diberikan dengan rasa penuh amanah dan bersyukur dengan kemudahan yang diberikan. Pelajar juga digalakkan berbincang dan bebas menyuarakan pendapat mereka kepada guru. Daripada aktiviti ini insan yang seimbang dan harmonis boleh diwujudkan sekiranya pelajar mengikuti kelas dengan tenang.
- Unsur intelek
Pelajar diberikan soalan yang boleh mencetuskan pemikiran mereka. Intelek mereka akan berkembang jika mereka banyak diserapkan dengan pemikiran. Pelajar juga akan cuba untuk mencari jawapan dengan cara mereka tersendiri melalui perbincangan dengan rakan dan sebagainya yang akan mengembangkan lagi daya berfikir mereka. Semasa perjalanan aktiviti amali, guru akan membimbing pelajar untuk memperbetulkan dan menambah maklumat yang mereka perolehi. Oleh itu mereka akan lebih memahami apa yang hendak disampaikan dan akan merasa lebih bersyukur kerana mendapat ilmu yang benar.
2. PROSES PERKEMBANGAN REMAJA
Perkembangan adalah sesuatu yang tak dapat diukur dan dilihat kerana ianya adalah satu proses berterusan yang dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Perkembangan berbeza dengan pertumbuhan di mana pertumbuhan merupakan satu perubahan yang boleh diukur secara kualiti seperti tinggi dan berat iaitu perubahan pada tubuh badan. Perkembangan ialah perubahan tingkah laku mental. Pelajar di kelas ini adalah berumur lingkungan 14 tahun di mana dikategorikan sebagai remaja. Proses perkembangan remaja akan dilihat dari segi fizikal, kognitif (mental), emosi, sosial dan rohani.
2.1 Perkembangan Fizikal
Pelajar –pelajar adalah di peringkat remaja iaitu berumur dalam lingkungan 14
tahun. Pada peringkat ini organ – organ deria temasuk anggota-anggota badan telah
dikembangkan ke tahap kematangan dan sedia melaksanakan kerja dan tugas yang
kompleks. Pelajar pada peringkat ini tidak lagi sukakan kerja yang remeh dan mereka
lebih cenderung kepada kerja-kerja yang rumit dan mencabar. Dilihat dari luar,
bentuk badan berubah dengan jelas terutama bagi perempuan berbanding pelajar
lelaki. Oleh itu pendekatan pendidikan hendaklah mengambil kira faktor
perkembangan fizikal ini agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam
masyarakat. Seseorang guru juga turut memainkan peranan yang penting di dalam
mendidik pelajar agar mereka dapat bergaul secara baik. Mereka bukan lagi pelajar
sekolah rendah yang lebih agak bebas dalam pergaulan di antara lelaki dan
perempuan. Aktiviti yang dijalankan di dalam kelas juga haruslah mengambil kira
faktor ini. Tidak salah sekiranya di dalam sesebuah kumpulan digabungkan di antara
lelaki dan perempuan tetapi ianya adalah di bawah pengawasan guru.
2.2 Perkembangan Kognitif
Selaras dengan perkembangan fizikal, remaja juga berkembang dari segi kognitif. Pada peringkat ini, pelajar telah boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh memikir secara deduktif dan induktif iaitu menggunakan pembuktian serta membuat rumusan. Mereka juga boleh menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah dan mengaitkan sesuatu konsep dengan konsep lain. Pada ketika ini mereka sudah boleh membuat andaian tentang sesuatu perkara. Walaupun otak berkembang dengan baik untuk membolehkannya menjadi matang, kematangan yang sempurna tidak akan dicapai tanpa rangsangan dari alam sekeliling terutama melalui pendidikan.
Dalam erti kata lain, kematangan seseorang remaja itu adalah hasil daripada perkembangan otak dan pengalaman yang dilalui dalam kehidupan seharian. Sebab itu dalam pendidikan , pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara pemeringkatan daripada yang mudah kepada yang lebih payah.
Begitu jugalah dalam RPM di atas, peringkat pengajaran dan pembelajaran dimulakan daripada yang mudah kepada yang lebih payah. Pelajar digalakkan belajar melalui kaedah mencari dan mengalami sendiri. Ini menjadikan mereka lebih menghargai sesuatu ilmu yang didapati. Mereka juga akan lebih memahami sesuatu ilmu yang disampaikan. Pelajar juga digalakkan berfikir secara kritis dan kreatif disamping berani mengeluarkan pendapat. Ini lebih menggalakkn perkembangan kognitif.
2.3 Perkembangan Emosi
Perkembangan emosi adalah berkait rapat dengan perkembangan fizikal. Emosi adalah perasaan jiwa yang kuat yang dialami oleh seseorang dalam tindak balasnya terhadap sesuatu rangsangan. Adakala ia boleh berbentuk positif seperti riang, gembira, seronok dan kasih; adakala ia berbentuk negatifseperti sedih, marah, benci dan dendam. Setiap remaja mengalami perasaan ini silih berganti. Sebagai salah satu daripada empat unsur kejadian manusia, emosi berkembang. Jika perkembangan ini tidak terganggu, remaja akan menjadi manusia yang normal, tetapi jika terganggu, dia boleh menjadi manusia yang abnormal. Pada peringkat ini pelajar mula menaruh minat pada rakan sebaya yang berlainan jantina dan mula bersosial dengan rakan sebaya dan suka melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.
Melalui RPM yang bersepadu dan menerapkan unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti yang telah disebutkan di atas serta melalui pendekatan yang tepat dapat mebuatkan para pelajar berasa gembira dan bertambah minat mereka untuk belajar. Pelajar pada peringkat remaja amat emosional. Perasaannya cepat tersentuh. Oleh itu, guru perlu pandai mengawal keadaan ini agar para pelajar berasa selesa untuk belajar.
2.4 Perkembangan Sosial
Dari segi perkembangan sosial pelajar pada peringkat ini sudah mula belajar dengan cara sendiri iaitu mereka mempunyai gaya tersendiri untuk belajar sesuatu, berjaya menunjukkan tingkah laku yang dapat diterima dalam pergaulan sosial dan menerima bentuk fizikal dan menggunakan fungsi anggota dan organ deria mereka secara berkesan. Pembentukan kumpulan contohnya, boleh menggalakkan lagi perkembangan sosial pelajar-pelajar. Pelajar dapat belajar menyesuaikan diri mereka dengan rakan sebaya dan menilai kendiri mereka serta menjadikan mereka seorang yang perihatin terhadap rakan sebaya dan tidak mementingkan diri sendiri. Mereka dapat mempertingkatkan lagi sahsiah dengan mencari kekurangan diri dan membuat penilaian terhadap diri sendiri.
2.5 Perkembangan Rohani
Rohani merupakan sesuatu yang berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Perkembangan rohani remaja mengikut pandangan Islam di mana pada peringkat ini remaja mula mempunyai pegangan agama yang kukuh, mula mempersoalkan aspek-aspek kerohanian secara logik dan mula memikirkan Tuhan dan sifat-sifat ketuhanan secara abstrak.
3. PROSES DAN GAYA PEMBELAJARAN
3.1 PROSES PEMBELAJARAN
- Perhatian
Sebelum pembelajaran dapat berlaku, murid hendaklah memberikan perhatian yang teliti terhadap penerangan atau demonstrasi guru. Perhatian seseorang individu bergantung kepada faktor-faktor seperti saiz dan warna objek, kekuatan bunyi, pergerakan di sekeliling, sesuatu yang diulangi, perbandingan, contohnya seorang murid yang gemuk dan seorang yang kurus, sesuatu yang luar biasa, dan motif seseorang pemerhati atau pendengar. Perhatian perlu diberi kepada sesuatu rangsangan sebelum sesuatu konsep atau gambaran dibentuk.
- Jangkaan
Jangkaan merujuk kepada prestasi murid yang diharapkan pada akhir satu-satu pembelajaran. Menurut Gagne, murid-murid hendaklah diberitahu terlebih dahulu tentang jangkaan prestasi mereka pada peringkat awal pembelajaran. Dalam konteks RPM ini, pelajar telah diberitahu lebih awal tentang jangkaan prestasi agar mereka lebih bermotivasi untuk berusaha ke arah mencapai prestasi yang dijangkakan itu.
- Perolehan ingatan kembali
Fasa ini penting untuk memperoleh kemahiran atau pengetahuan baru. Murid menggunakan pengetahuan yang sedia ada untuk membantunya memahami konsep yang baru.
- Pemilihan persepsi
Pemilihan persepsi merujuk kepada tindakan seseorang membezakan rangsangan yang penting dan relevan daripada yang kurang penting.
5. Mengekod dan penyimpanan jangka panjang
Peringkat ini meliputi keupayaan murid membuat kod terhadap maklumat yang diterima untuk disimpan ke dalam sistem saraf pusat.
- Gerakbalas / prestasi
Gerakbalas atau prestasi merujuk kepada tingkah laku.Menurut Gagne, apabila perubahan tingkah laku atau prestasi telah dapat dilihat, maka pembelajaran telahpun berlaku. Di dalam bilik darjah, prestasi ialah gerakbalas murid-murid. Dalam konteks ini, untuk mengetahui prubahan tingkah laku pelajar, soalan-soalan dikemukakan kepada pelajar. Di bahagian penutup RPM ini, soalan-soalan dikemukakan bersama lembaran kerja kepada para pelajar untuk mengetahui tindakbalas mereka terhadap apa yang telah dipelajari.
- Maklumbalas dan peneguhan
Peringkat maklumbalas penting dalam proses pembelajaran. Dalam konteks pengajaran berdasarkan RPM di atas, guru akan bertanya soalan kepada pelajar dan bagi setiap jawapan yang betul diberikan, sudah tentu guru akan memberikan maklumbalas yang positif seperti ‘baik’, ‘bagus’, ‘satu cubaan yang baik’ dan sebagainya dalam usaha untuk memberikan peneguhan kepada para pelajar agar mereka merasa lebih bersemangat untuk belajar. Sekiranya jawapan yang diberikan salah guru akan sentiasa memberikan dorongan kepada para pelajar. Maklumbalas akan dberikan kepada para pelajar secepat mungkin.
- Generalisasi / Pemindahan pembelajaran
Generalisasi merupakan pemindahan pembelajaran dalam suatu situasi kepada suatu situasi yang lain.
3.2 GAYA PEMBELAJARAN
Gaya pembelajaran adalah stail atau cara belajar seorang individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan memproleh maklumat, ilmu pengalaman atau kemahiran yang diingini. Gaya pembelajaran bagi setiap pelajar adalah berbeza mengikut beberapa faktor tertentu. Mengikut Dunn dan Dunn (1982), terdapat lima rangsangan atau lima faktor penting yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi. Jika dilihat dari segi faktor persekitaran, ada pelajar yang boleh belajar dengan berlatar belakangkan bunyi atau muzik, cahaya yang terang, suhu yang sejuk dan rekabentuk bilik yang selesa. Dari segi sosial, ada pelajar yang boleh belajar secara berseorangan, berpasangan dan juga secara berkumpulan. Fisiologi juga mempengaruhi gaya pembelajaran iaitu masa pelajar yang tidak terhad, pemakanan, persepsi pelajar itu sendiri dan juga dari segi mobiliti atau keupayaan pelajar untuk belajar. Faktor psikologi mempengaruhi dari segi penggunaan otak kiri dan otak kanan, gerak hati, refleksi dan analitik. Emosi juga mempengaruhi iaitu motivasi diri yang tinggi, keazaman, tanggungjawab dan struktur.
Daripada huraian di atas, jelas bahawa personaliti seseorang amat mempengaruhi gaya pembelajarannya. Misalnya, seseorang yang bersifat berdikari akan belajar dengan lebih berkesan melalui teknik dapatan atau penemuan. Bagi sesetengah pelajar pula mereka lebih suka belajar sekiranya terdapat unsur-unsur alam sekitar seperti bunyi, cahaya, suhu dan sebagainya. Oleh itu, gaya pembelajaran amat berbeza mengikut individu. Seseorang guru perlu mengenalpasti bagaimana seseorang pelajar dapat belajar secara berkesan dan seterusnya mengubah cara-cara pengajaran yang boleh menghasilkan pembelajaran maksimum.
Menurut Honey dan Munford (1986) pula, terdapat empat gaya pembelajaran utama seperti berikut :
- Aktivis
Pelajar-pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai sikap tidak sabar dan tergesa-gesa, perasaan ingin tahu yang tinggi, bergerak pantas dan cepat membalas dan gemar mencari pengalaman baru. Mereka juga berfikiran terbuka, penuh semangat dan fleksibel serta mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar dalam kumpulan ini biasa telibat dalam permainan, sukan dan aktiviti kokurikulum.
- Reflektif
Cara belajar bagi golongan ini adalah dengan memerhati, memikir, menilai, menyoal siasat dan membuat refleksi kendiri dengan kemahiran berfikir. Strategi pembelajaran dan pengajaran untuk golongan ini adalah kaedah penyelesaian masalah, projek dan perbincangan.
- Teoris
Pelajar-pelajar ini bersifat objektif dan berdisiplin. Kaedah P & P yang sesuai adalah kaedah induksi dan deduksi, perbincangan, mengumpul data dan membuat analisis, tafsiran dan kaedah penyelidikan.
- Pragmatis
Golongan pelajar ini suka menggunakan bahan-bahan konkrit untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran. Kaedah kerja praktik, strategi pemusatan
bahan, carta dan gambar rajah adalah sesuai untuk mengajar golongan ini.
Untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai dan berkesan guru perlu
memainkan peranan untuk mengetahui bagaimana gaya pembelajaran yang dapat
diterima oleh pelajar. Guru perlu menggunakan teknik-teknik yang berlainan pada
setiap kali ingin mengajar memandangkan gaya pembelajaran bagi pelajar adalah
berbeza. Jadi guru yang kreatif akan menjadikan pelajar bersemangat dan bermotivasi
untuk belajar.
4. TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
1. Teori Kognitif
1.1 Teori Bruner
Teori pembelajaran yang terlibat dalam RPM yang disediakan adalah Teori
Pembentukan konsep Bruner yang juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran
Penemuan. Teori kognitif ini mementingkan pemikiran secara logikal dan pemikiran
analisis dan intituitif.
Melalui aktiviti pembelajaran yang dijalankan kaedah pembelajaran penemuan ini
sangat sesuai kerana pelajar dapat membuat pemerhatian dan belajar secara
penemuannya sendiri dan membuat penaakulan induktif.
1.2 Teori Pembelajaran resepsi Ausubel
Teori pembelajaran Ausuble ini juga didapati sesuai dengan aktiviti pembelajaran
yang dijalankan dimana guru mengajar murid dengan pembelajaran penemuan.Cara
pembelajaran ini lebih mencabar murid-murid kerana ia dapat mengembangkan
struktur kognitif yang sedia ada.
2. Teori Pembelajaran Sosialis
Teori Pembelajaran sosialis mementingkan pembelajaran melalui proses
permodelan , iaitu pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan.Teori
pembelajaran sosialis terdiri daripada teori permodelan Bandura. Dalam RPM ini
guru menunjukkan cara bagaimana activiti dalam makmal dijalankan dan murid
meniru tindakan guru tersebut. Di sini peniruan secara langsung telah berlaku iaitu
dengan memerhatikan tingkah laku model.
3. Teori Pembelajaran Konstruktivis
Teori konstruktivis berdasarkan proses dimana murid membina pengetahuan
mereka dengan mengujinidea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada . Dalam RPM di atas , semasa set induksi guru telah
mengarahkan murid melakarkan bentuk mata manusia berdasarkan apa yang mereka
perhatikan daripada model. Melalui aktiviti yang dijalankan pula murid telah dapat
memahami dengan jelas struktur mata yang sebenar. Di sini murid belajar
mengstrukturkan semula pengalaman sedia ada dengan penemuan yang baru mereka
perolehi.
Rujukan belajar.
1. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006).. Kuala Lumpur . Bahagian Pendidikan Guru.
2. Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Singh.( 2005). Panduan Ulangkaji Ilmu pendidikan
untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah KPLI Sekolah Rendah dan Menengah.
3. Mok Soon Sang. (2000/2008). Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah Sekolah Menengah Semester 1 &2. Kuala Lumpur. Budiman
4. Ng Kim Choy. Model Konstruktivisme 5-Fasa. Sabah.(atas talian).
http://www.teachersrock.net/rencana.html
Komentar :
Post a Comment